Bongkar..!! Amir Raja Lawak Mengaku Pernah Melakukan Perkara Yang Agak...

SUNGGUH MENGEJUTKAN APABILA Intan (Isteri Amir) mendedahkan kepada Astro Gempak, sifat Amir yang pasti mengejutkan!! . Menurut Intan,sifat Amir sebenarnya adalah seorang yang sangat romantik dan itulah yang menyebabkan dia terpikat dengan lelaki itu.

“Mungkin ramai orang bila melihat Amir mereka tak percaya yang dia ni sebenarnya romantik. Dia lelaki yang lucu dan comel.

“Pernah sekali saya merajuk, Amir datang dengan sejambak bunga ros. Itu kali pertama saya menerima bunga daripada seorang lelaki dan ia meninggalkan kesan dihati saya.

“Ada beberapa kali juga Amir melakukan perkara di luar dugaan saya yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila,” katanya malu-malu.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu dia seorang lelaki bertuah kerana dapat memperisterikan Intan.

“Saya bersyukur kerana Intan ditakdirkan menjadi milik saya dan merasakan sayalah lelaki paling bertuah dalam dunia ini.

“Intan seorang yang penyabar dan sangat memahami diri saya. Tidak pernah sekalipun dia merungut sekiranya saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga ‘lupa’ pada dia,” katanya.


Kenangan Manis Amir bersama isteri sewaktu diijakabulkan


Bongkar..!! Amir Raja Lawak Mengaku Pernah Melakukan Perkara Yang Agak... Bongkar..!! Amir Raja Lawak Mengaku Pernah Melakukan Perkara Yang Agak... Reviewed by Anonymous on December 02, 2015 Rating: 5
Powered by Blogger.