Mak aii..Banyak Giler Datuk Seri Vidal Labur Duitnya!! Memang Kaya La Dia ni Kan.


PENGASAS Vida Beauty Sdn.Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, nampaknya benar-benar bersungguh-sungguh mahu menaja pasukan bola sepak Kelantan.

Ini terbukti apabila beliau mendedahkan kepadamStar Online bahawa beliau telah memperuntukkan nilai tajaan 'sehingga lapan angka' untuk pasukan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW) itu.

Penajaan pula akan membabitkan kontrak selama dua tahun.Ahli perniagaan yang berasal dari Machang, Kelantan itu memberitahu beliau tidak ada masalah untuk mengeluarkan jumlah yang besar dan tampak begitu teruja dan bersemangat untuk memastikan pasukan negeri kelahirannya itu mampu memberi saingan.



Dalam perkembangan berkaitan, Perbadanan Stadium Kelantan juga bersedia mempertimbangkan cadangan agar Stadium Sultan Muhammad ke IV, yang merupakan gelanggang rasmi TRW, diubah ke warna merah jambu sebagai salah satu syarat penajaan untuk TRW.

Mak aii..Banyak Giler Datuk Seri Vidal Labur Duitnya!! Memang Kaya La Dia ni Kan. Mak aii..Banyak Giler Datuk Seri Vidal Labur Duitnya!! Memang Kaya La Dia ni Kan. Reviewed by Anonymous on January 07, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.