Tabah.. Saya Berharap Akan Dikurniakan Cahaya Mata Lagi Tahun Ini - Datuk Siti



SATU Malaysia bersimpati dengan kisah duka yang dialami penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila disahkan mengalami keguguran tatkala usia kandungannya memasuki dua bulan

Bagaimanapun, Siti ternyata terus optimis dan redha atas ujian Ilahi kepadanya.
Mengakui tahun 2015 mencabar buat dirinya dengan meninggalkan pelbagai kenangan suka duka.
Oleh itu, Siti memberitahu, pada tahun ini dia memilih untuk mengehadkan pembabitannya dalam bidang seni dan mahu memberi fokus untuk hamil kembali.
“Jika ditanya apakah harapan Siti untuk tahun ini pastinya fokus utama adalah untuk mendapatkan zuriat. Apa yang berlaku tahu lalu mengajar Siti untuk lebih berhati-hati.
“Siti anggap ia satu peringatan Tuhan supaya lebih menjaga kesihatan diri. Ketika mula-mula Siti hamil, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan waktu itu Siti sedang giat menjalani latihan untuk konsert.
“Takkanlah Siti hendak batalkan konsert berkenaan memandangkan persiapannya sudah banyak dibuat.
“Sebagai persediaan ke arah itu (mendapatkan anak), Siti kena banyak berehat dan maknanya tiada konsert besar untuk tahun 2016,” jelas Siti kepada BH Plus.


Meskipun bergitu, penyanyi kesayangan ramai ini masih lagi menerima tawaran persembahan berskala kecil.

Siti berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd. Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K pada tanggal 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Diharap semoga impian Siti untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat dimakbulkan Allah SWT. Sama-sama kita doakan penyanyi ini.


Tabah.. Saya Berharap Akan Dikurniakan Cahaya Mata Lagi Tahun Ini - Datuk Siti Tabah.. Saya Berharap Akan Dikurniakan Cahaya Mata Lagi Tahun Ini - Datuk Siti Reviewed by Anonymous on January 08, 2016 Rating: 5
Powered by Blogger.