Gosip Adel AF2014 sehingga sekarang masih lagi menjadi bualan hangat ramai, apatah lagi selepas isteri kepada kekasihnya itu sendiri mendedahkan suaminya memang mempunyai hubungan cinta dengan Adel bahkan bekas pelajar Akademi Fantasia itu tidak kisah untuk hidup bermadu.
Ramai yang tertanya adakah Adel masih lagi meneruskan hubungan dengan kekasihnya itu selepas kontroversi percintaan mereka tersebar? Jelas Adel menerusi portal Utusan Online berkata buat masa ini beliau memberi ruang agar kekasih beliau menyelesaikan kemelut rumah tangganya sebelum percintaan mereka ke fasa yang lebih serius.
Saya ikhlas menerima dia dan memberi masa untuk dia menyelesaikan masalah rumah tangga terlebih dahulu sebelum hubungan kami bertambah serius. Saya juga tidak pernah sama sekali memaksa dia untuk menceraikan isterinya. Malah, saya menerima dia seadanya.
Adel juga mengakui seandainya jodoh mereka masih kuat, beliau yang merupakan penganut agama Kristian tidak kisah untuk memeluk Islam satu hari nanti.
Dalam soal agama, saya hanya berserah kepada takdir. Kalau itu adalah jodoh tidak kira dengan sesiapa pun, saya terima seadanya. Dan sebenarnya, tiada masalah untuk saya memeluk agama Islam.
Bagi Adel apa yang berlaku sekarang adalah lumrah kehidupan seorang artis dimana akan ada sahaja pihak yang tidak puas hati dan cuba untuk menjatuhkan seseorang artis. Adel sekali lagi menegaskan beliau bukanlah perampas.
Adel AF - Tiada Masalah Untuk Saya Memeluk Agama Islam.
Reviewed by Anonymous
on
February 18, 2016
Rating: