Wajib Isi 3 Kolum Ini Semasa Kemaskini BPR 2021


Baru-baru ini kerajaan mengumumkan Bajet 2021 dan perkara yang paling sukacita adalah berkenaan bantuan dari kerajaan terbaru iaitu Bantuan PrihatinRakyat (BPR) yang mengantikan BSH




  • Perlukah daftar BPR untuk penerima BPN 2.0?

Seperti yang dimaklumkan di atas, masih lagi belum ada maklumat rasmi. Namun, jika mengikut trend sebelum ini, jika anda penerima BPN 2.0 sebelum ini, iaitu penerima lama, segala maklumat tentang diri anda memang sudah ada dalam sistem. Jadi, jawapan ringkasnya ialah anda tidak perlu buat permohonan baru Bantuan Prihatin Rakyat. Boleh terus buat semakan BPR apabila dibuka nanti.

Yang di atas tadi ialah jawapan ringkas. Jawapan panjangnya pula, anda sebagai penerima BPN 2.0 sebelum ini, kemungkinan besar anda tidak perlu daftar atau buat permohonan BPR lagi. Cuma anda dikehendaki untuk baca  kemaskini BPR jika ada apa-apa perubahan.

  • Jadi apa yang saya perlu buat?

Mudah sahaja.

Kami ulang sekali lagi. Seperti yang diberitahu dalam perenggna di atas, untuk terima Bantuan Prihatin Rakyat yang terbaru ini, anda hanya perlu kemaskini BPR. Ini adalah untuk memastikan data dan maklumat peribadi anda adalah yang terkini agar mudah diproses oleh pihak LHDN.

Contoh perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

Jika dulu bujang, sekarang berkahwin, anda perlu kemaskini. Kenapa? Ini kerana amaun bantuan sudah tidak sama.

Jika dulu sudah berkahwin dan belum ada anak, manakala sekarang sudah ada anak, anda perlu buat kemaskini.

Jika dulu anak 1, sekarang anak 2; anda juga perlu membuat kemaskini.

 

Bila tarikh boleh apply BPR?

Tarikh untuk apply BPR masih lagi belum diumumkan. Harap bersabar.

 

Pendaftaran BPR bagi permohonan baru

Seperti yang jangkakan di atas, ini adalah panduan dari BPN 2.0 sebelum ini. Jika anda bukan penerima BPN 2.0, barulah boleh buat permohonan baru BPR.

Memandangkan pautan untuk permohonan baru BPR masih lagi belum dibuka, kami hanya kongsikan mengikut langkah-langkah permohonan BPN sebelum ini. Yang terbaik, rujuk panduan BPR login apabila telah diumumkan secara rasmi nanti.

Berikut ialah langkah untuk mendaftar BPR, yang kami jangkakan sama seperti BPN 2.0:

Kami jangkakan, direct link untuk portal rasmi adalah seperti berikut: https://bpr.hasil.gov.my

Lihat pada bahagian Semakan Status

Masukkan Nombor MyKad anda

Klik butang Carian

Ruangan Captcha akan dipaparkan

Masukkan aksara Captcha yang dipaparkan

Klik butang Semak

Pastikan status semakan anda ialah Tiada Rekod

Klik butang Permohonan Baru

Anda perlu jawab dua (2) soalan keselamatan yang diberikan

Soalan pertama ialah Apakah status kahwin anda yang telah didaftarkan?

Sila pilih jawapan untuk soalan pertama mengikut status kahwin anda yang terkini iaitu:

Kahwin

Ibu Bapa Tunggal  Balu / Janda / Duda Dan Mempunyai Anak

Bujang

Klik Teruskan untuk meneruskan proses dan cara daftar BPR

Soalan kedua ialah Apakah bandar yang telah didaftarkan?

Taip bandar anda tinggal. Contohnya: Seremban

Klik Teruskan

Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPN

Masukkan Nama Penuh anda

Tidak perlu masukkan No Kad Pengenalan kerana ia sudah diisi secara automatik

Pilih Kata Kunci Keselamatan

Untuk Kunci Keselamatan, pastikan anda masukkan hanya huruf dan nombor sahaja

Seterusnya, anda perlu jawab beberapa lagi soalan keselamatan

Antara soalannya ialah:

Apakah tahun kelahiran ayah anda?

Apakah tahun kelahiran ibu anda?

Apakah warna kegemaran adan?

Apakah makanan kegemaran anda?

Apakah haiwan kegemaran anda?

Apakah lagu kegemaran anda?

Apakah buku kegemaran anda?

Apakah nama panggilan anda ketika kecil?

Apakah sukan kegemaran anda?

Apakah buah kegemaran anda?

Tulis jawapan di bahagian bawah setiap soalan

Pastikan anda jawab minimum lima (5) soalan yang diberikan

Klik Teruskan

Kini anda akan berada di bahagian PENDAFTARAN BPR sekali lagi

Sila buat Pengesahan bagi lima (5) soalan an jawapan anda

Klik Teruskan

Isikan Kata Laluan

Isikan Pengesahan Kata Laluan

Klik Daftar

Pendaftaran BPN anda sudah berjaya

Anda akan terima mesej “Anda telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untu ke menu BPN”.

Anda kini sudah boleh cuba Log Masuk BPR

 

Maklumat lanjut BPR

Tentu sekali ada yang mahu tahu lebih lanjut tentang proses cara daftar BPR, permohonan baru, kemaskini data dan juga semakan.

Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

03- 89111000

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara daftar BPR ini dapat mengurangkan lagi beban anda. Jangan terlalu bersedih jika anda tidak dapat buat permohonan baru. Sila tunggu perkhabaran dari LHDN, mana tahu ada pembukaan untuk daftar BPR yang lain untuk yang tidak layak sebelum ini.

Bagi yang memang sudah layak, boleh refresh semula kaedah bayaran dengan membaca cara buat semakan bayaran BPR dan cara pembayaran BPR.

Semoga bermanfaat

Wajib Isi 3 Kolum Ini Semasa Kemaskini BPR 2021 Wajib Isi 3 Kolum Ini Semasa Kemaskini BPR 2021 Reviewed by Anonymous on January 20, 2021 Rating: 5
Powered by Blogger.