Siapa sangka, Adi Putra yang sentiasa kelihatan serius, tegas dan sedikit ego berjaya dilembutkan dengan keayuan dan kesopanan pendatang baharu dalam bidang lakonan yang juga model pakaian muslimah iaitu Mira Filzah.
Namun anda jangan salah sangka, Adi Putra hanya terpikat dengan Mira Filzah dalam drama terbaharu lakonan yang menggandingkan mereka berdua sebagai hero dan heroin untuk drama terbaharu slot Akasia bermula 30 Disember ini, iaitu Cinta Si Wedding Planner.
Cinta Si Wedding Planner yang diadaptasi daripada novel nukilan Dhiyana terbitan Karya Seni ini turut dilakonkan Fadlan Hazim, Shikin Kamal, Shima Anuar, Rosnah Johari, Dian P.Ramlee, Wan Sharmila, Idris Md. Diah dan ramai lagi. Drama 28 episod ini hasil terbitan Primeworks Studio, diarahkan oleh Along Kamaluddin manakala skrip ditulis oleh oleh Mufid Suhaimi.
Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Walau terkadang Zara sering tertanya perasaan dihatinya itu benar-benar cinta atau hanya kasihkan Bazli sebagai seorang abang. Namun jodoh sememangnya bukan milik mereka. Satu hakikat yang selama ini dirahsiakan oleh Mak lang dan Pak Lang memudarkan rasa kasih di hati Zara.
Apakah tindakan Fariz, dan adakah musnah rumah tangga mereka? Ikuti kesudahan drama lakonan Mira Filzah dan Adi Putra yang pasti mencuit hati anda dalam Cinta Si Wedding Planner, setiap Isnin hingga khamis, jam 6.58 malam di TV3. Jika anda ketinggalan untuk mengikuti drama ini sila layari www.tonton.com.my untuk siaran ulangannya.
Sensasi..Mira Filzah Pikat Hati Adi Putra dalam CINTA SI WEDDING PLANNER
Reviewed by Anonymous
on
January 05, 2016
Rating: